Akt.1: Projek Rekacipta

Rekacipta Kereta Belon


Projek Berkumpulan

Video 1

Arahan

  1. Tonton video 1 di atas berkaitan projek mereka cipta kereta belon.
  2. Setelah menonton video tersebut, setiap kumpulan (3 orang ahli)  dikehendaki mereka cipta kereta belon berdasarkan kreativiti masing-masing
  3. Perlumbaan kereta akan diadakan bagi mengadili pemenang berdasarkan kriteria berikut:
  • a) Kelajuan
  • b) Kreativiti
  • c) Bahan terpakai
  • d) Pembentangan
  • 4. Setiap kumpulan juga perlu memberikan penerangan tentang hasil reka cipta mereka dan mengaitkan dengan prinsip tekanan udara.

Akt.2: Refleksi

Refleksi Diri


attn4

  1. Terangkan apa yang anda faham tentang Teori Kinetik Gas.
  2. Berikan pendapat anda mengenai penggunaan analogi dalam topik tekanan udara ini.  Sila nyatakan analogi mana yang menarik dan berikan sebabnya.
  3. Apa yang anda perolehi semasa menjalankan aktiviti secara berkumpulan?
  4. Senaraikan aktiviti-aktiviti dalam modul ini yang dapat merangsang anda berfikir secara kreatif.  Berikan sebab-sebabnya.
  5. Terangkan apa yang telah anda pelajari sepanjang pembelajaran ini.  Buat rumusan tentang kandungan pelajaran yang telah dipelajari.

 

Akt.1: Imbas Kembali

Cuba Imbas Kembali!


belonbaru belon5 pump

Gambar foto 1

Arahan

  1. Perhatikan Gambar foto 1 yang diberikan.
  2. Senaraikan persamaan yang ada dalam ketiga-tiga aktiviti tersebut.
  3. Senaraikan perbezaan yang ada dalam ketiga-tiga aktiviti tersebut.
  4. Berikan kesimpulan anda berdasarkan aktiviti yang ditunjukkan.
  5. Senaraikan  peralatan lain yang menggunakan prinsip tekanan udara

 

Akt.1: Ingat Kembali

1.  Kenal pasti keadaan jirim


Arahan

Perhatikan Gambar foto 1 di bawah. Kemudian tonton pula video 1.

Gambar foto 1

Contoh: Batu, ketulan ais

Contoh: Air mineral, jus limau

Kump. B

Contoh: Asap kilang, stim air

 ​Video 1 : Animasi Keadaan Jirim

  1. Kenal pasti perbezaan yang wujud dalam ketiga-tiga kumpulan dari aspek:
    1. ​​Namakan keadaan jirim bagi setiap kumpulan
    2. Lukiskan susunan zarah-zarah dalam setiap kumpulan
    3. Nyatakan keadaan pergerakan zarah-zarah dalam setiap kumpulan
  2. Kemudian, lengkapkan maklumat dalam Lembaran  Kerja 1.
  3. Sila berikan contoh lain bagi setiap kumpulan A, B dan C

2.   Apakah Tekanan Udara?


Arahan

  1. Perhatikan Gambar foto 2 yang ditunjukkan.
  2. Sila lakukan seperti yang ditunjukkan dalam gambar foto 2 tersebut.
  3. Apakah yang berlaku apabila belon ditiup?
  4. Mengapa berlaku perubahan pada belon?
  5. Apa yang berlaku sekiranya belon ditiup berterusan?
  6. Apa yang menyebabkan belon tersebut jadi demikian?
  7. Selain daripada belon, berikan contoh bahan lain yang boleh dilakukan seperti aktiviti ini.
  8. Cadangkan bagaimana untuk jadikan belon itu boleh terbang.
  9. Lengkapkan Lembaran Kerja 2.

Gambar foto 2blow

belon

Akt.2: Aktiviti Pembaris

Eksperimen Mematahkan Pembaris Kayu


 

ruler    paper       ►   ​patah

Arahan

  1. Sila lihat Gambar foto 1 di atas.
  2. Senaraikan seberapa banyak cara untuk menjadikan pembaris tersebut patah.
  3. Pada pendapat anda, adakah pembaris boleh dipatahkan menggunakan surat khabar?
  4.  Sila nyatakan bagaimana caranya.
  5. Sekarang, sila tonton video 1 di bawah  dan jawab soalan seterusnya:
  1. Apa fungsi surat khabar?
  2. Sila nyatakan kawasan tekanan udara rendah dan kawasan tekanan udara tinggi.
  3. Pada pendapat anda, bolehkan surat khabar digantikan dengan bahan lain?
  4. Apakah hasilnya sama seperti menggunakan surat khabar?
  5. Berikan sebab kepada jawapan anda.

Akt.2: Video Keselamatan

Keselamatan Gas di Bawah Tekanan Tinggi


Video 2

Arahan

  1. Tonton video 2 di atas berkaitan gas di bawah tekanan tinggi.
  2. Berdasarkan video 2, senaraikan sebab-sebab tangki gas boleh meletup?
  3. Terangkan bagaimana tangki gas tersebut boleh meletup berdasarkan kepada prinsip tekanan udara.
  4. Mengapa  kebanyakan tangki gas diperbuat daripada besi?
  5. Cuba fikirkan  kebaikan dan keburukan tangki gas sekiranya ia diperbuat daripada plastik?
  6. Senaraikan langkah-langkah keselamatan yang perlu anda ambil semasa mengendalikan gas di bawah tekanan tinggi seperti tong gas memasak.
  7. Berikan kesimpulan anda berkaitan video 2. Lengkapkan Lembaran Kerja 14.

Selamat datang ke modul e-SMART.  

Menjana dan meneroka minda anda!

  • Simple Usage
    Simple Usage
  • Huge-IT Slider
    Huge-IT Slider
    The slider allows having unlimited amount of images with their titles and descriptions. The slider uses autogenerated shortcodes making it easier for the users to add it to the custom location.

Pengenalan

Modul sains e-SMART ini secara khususnya direka bentuk berasaskan pendekatan kontsruktif Model 5E di mana elemen analogi diterapkan dalam beberapa fasa 5E.   Modul yang dibangunkan ini bertujuan untuk membantu guru mempelbagaikan strategi pengajaran melalui integrasi Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) bagi menerapkan kemahiran berfikir kreatif murid bagi topik Tekanan Udara, subjek sains Tingkatan 2.  Aktiviti yang disusun dalam modul ini adalah berasaskan kepelbagaian pendekatan dan kaedah bagi menggalakkan kemahiran berfikir kreatif murid. Kaedah penyampaian setiap aktiviti seperti penyoalan, perbincangan, eksperimen dan projek, reka cipta, digunakan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berpusatkan murid agar setiap hasil pembelajaran dapat dicapai.

Antara Objektif Modul:

  1. Sebagai satu medium alternatif pengajaran guru bagi membantu guru menerapkan kemahiran berfikir kreatif murid bagi topik Tekanan Udara, subjek sains Tingkatan 2.
  2. Menyediakan satu strategi pengajaran guru yang mengintegrasikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah menengah
  3. Membantu guru menggunakan kaedah/strategi analogi bagi merangsang kemahiran berfikir kreatif murid dan membantu murid memahami konsep sains yang berbentuk abstrak
  4. Mengaplikasikan Model 5E  dalam reka bentuk pengajaran bagi memudahkan guru menjalankan aktiviti modul dengan lebih sistematik

VIDEO INFO e-SMART

 

Menjana idea melalui analogi