Konduksi Haba

Konduksi Haba – Analogi Domino

Heat

PANDUAN ANALOGI FAR (focus-action-reflection)

Analogi Domino dengan Konduksi Haba

Fokus (Focus)

  • Terangkan tentang konsep konduksi haba.
  • Konsep – ¬†Apabila satu bahagian hujung batang logam dipanaskan, bahagian hujung satu lagi akan menjadi panas.
  • Haba telah dipindahkan dari bahagian yang panas ke bahagian yang sejuk melalui batang logam.

Proses pemindahan haba ini dipanggil kekonduksian haba. Oleh itu, konduksi ialah pergerakan haba melalui batang logam dari bahagian panas ke bahagian sejuk.

Tindakan (Action)

Persamaan

Jubin domino berada dalam keadaan tegak dan jatuh ke atas jubin seterusnya

Zarah udara sentiasa bergerak

Jubin domino jatuh ke atas jubin seterusnya dengan pantas dan dalam satu barisan

Zarah udara yang panas akan bergerak laju dan berlanggar antara satu sama lain

Kesemua jubin domino akhirnya akan jatuh dengan lajunya

Keseluruhan batang logam akan menjadi panas dengan cepat. Logam merupakan konduktor haba yang baik

Perbezaan

Jubin domino terhad bilangannya

Zarah atom tidak terkira banyaknya

Jubin domino bergerak satu hala dan  jatuh dalam satu barisan

Zarah udara sentiasa bebas bergerak ke semua arah.

Refleksi (Reflection)

  • Kenal pasti sama ada analogi domino dapat difahami oleh murid atau tidak.
  • Minta murid beri kesimpulan mengenai pemahaman mereka terhadap kekonduksian haba.
  • Minta murid beri idea analogi ciptaan mereka.

 

Menjana idea melalui analogi