Kesan Rumah Hijau

Kesan Rumah Hijau – Analogi Kereta

green1

PANDUAN ANALOGI FAR (focus-action-reflection)

Analogi Kereta dengan Kesan Rumah Hijau

Fokus (Focus)

Konsep :Kesan rumah hijau adalah satu proses fizikal semula jadi di mana gas tertentu di atmosfera, yang dikenali sebagai gas rumah hijau, memanaskan bumi.

  • Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran infra merah matahari yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau. Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat.
  • Analogi yang boleh digunakan ialah keadaan sebuah kereta yang diletakkan di bawah cahaya matahari dan kesemua pintu dan cermin tingkap ditutup penuh.

Tindakan (Action)

Persamaan

Haba yang memasuki kereta melalui tingkap

Haba memasuki atmosfera bumi

Melalui tingkap kaca dan cermin depan

Melalui lapisan gas dalam atmosfera

Haba terperangkap dalam kereta

Haba terperangkap dalam atmosfera

Udara dalam kereta jadi panas

Atmosfera menjadi panas

Perbezaan

Pemanasan dalam kereta sangat cepat

Pemanasan bumi memakan masa beberapa tahun

Tiada gas yang perangkap haba

Gas memerangkap haba dalam atmosfera

Kereta boleh disejukkan dengan memandu kereta dengan tingkap terbuka

Pengurangan kesan rumah hijau merupakan satu masalah sains dan politik yang sangat kompleks

Refleksi (Reflection)
  • Kenal pasti sama ada murid dapat memahami konsep kesan rumah hijau dengan analogi kereta
  • Minta murid beri kesimpulan mengenai pemahaman mereka terhadap konsep kesan rumah hijau.
  • Minta murid beri idea analogi ciptaan mereka.

Menjana idea melalui analogi