Fotosintesis

Analogi Memasak Kek – Proses Fotosintesis

 

foto
PANDUAN ANALOGI FAR (focus-action-reflection)
Analogi Proses Membuat Kek dengan Proses Fotosintesis
Fokus   (Focus) Konsep :·           Fotosintesis berasal dari bahasa Yunani iaitu; Foto bermaksud cahaya dan sintesisi bermaksud        penggabungan.

·         Ia adalah satu proses tumbuh-tumbuhan hijau membuat makanan dengan kehadiran karbon dioksida, air, cahaya matahari dan klorofil (pigmen hijau pada daun yang menyerap cahaya matahari).

·         Hasil proses fotosintesis ialah kanji (glukosa) dan oksigen.

Tindakan  (Action) Persamaan
Analogi Membuat Kek Sasaran Proses Fotosintesis
Proses membuat kek perlukan bahan-bahan tertentu Proses fotosintesis perlukan unsur-unsur tertentu
Makanan dihasilkan Makanan dihasilkan
Perbezaan
Bahan asas diperlukan ialah; tepung, telur dan air.Dengan kehadiran oven untuk membakar bagi menghasilkan makanan iaitu kek Keperluan fotosintesis ialah;Karbon dioksida, klorofil dan air.Dengan kehadiran cahaya matahari bagi menghasilkan makanan iaitu glukosa dan oksigen.
 Refleksi (Reflection) Kenal pasti sama ada murid dapat memahami konsep proses fotosintesis dengan analogi membakar kek.Minta murid beri kesimpulan mengenai pemahaman mereka terhadap konsep proses fotosintesis.

Minta murid beri idea analogi ciptaan mereka.

Menjana idea melalui analogi