Category Archives: Modul 1: Menerangkan

Akt.3: Faktor Suhu

Suhu Mempengaruhi Tekanan Udara


Video 1

Arahan

  1. Tonton Video 1 di atas berkaitan faktor suhu yang mempengaruhi tekanan udara.
  2. Apa yang berlaku kepada bola yang kempis selepas suhu dinaikkan?
  3. Senaraikan sebab-sebab mengapa bola berubah bentuk.
  4. Bagaimana pergerakan zarah-zarah udara dalam bola semasa bola kempis?
  5. Bagaimana pergerakan zarah-zarah udara dalam bola semasa suhu dinaikkan?
  6. Lengkapkan Lembaran Kerja 7

 

Akt.1: Eksperimen Belon

EKSPERIMEN BELON


belon3

Belon A Belon B

Rajah 1

  • Tujuan : Menunjukkan faktor suhu mempengaruhi tekanan udara
  • Bahan :  Belon, air batu, air suam dan bekas berisi air
  • Prosedur :
  1. Tiup dua biji belon dengan saiz yang sama.
  2. Masukkan belon A ke dalam bekas air sejuk, manakala belon B diletakkan dalam bekas berisi air suam.
  3. Perhatikan perubahan yang berlaku kepada kedua-dua belon tersebut.

 Arahan

  1. Cuba anda picit kedua-dua belon dan nyatakan apa yang anda rasa.
  2. Apa yang berlaku kepada pergerakan zarah udara dalam belon A dan belon B?
  3. Apa yang menyebabkan zarah-zarah udara dalam belon B bergerak lebih laju?
  4. Mengapa zarah-zarah udara dalam belon B bergerak lebih laju?
  5. Apa kaitan suhu dengan pergerakan zarah udara dalam belon?
  6. Cuba anda gantikan belon dengan bahan lain dalam eksperimen ini.
  7. Apakah kesannya sama seperti belon? Terangkan jawapan anda.
  8. Cuba berikan kesimpulan anda terhadap eksperimen faktor suhu ke atas tekanan udara.
  9. Lengkapkan lembaran kerja 5 yang diberi.

Akt.2: Faktor Isipadu

Faktor Isi padu Terhadap Tekanan Udara


analogi bas

Rajah 2(a)

Arahan

  1. Perhatikan Rajah 2a di atas.  Bas A mempunyai dua tingkat manakala Bas B mempunyai satu tingkat.
  2. Jika diberi pilihan, anda mahu menaiki bas yang mana?  Berikan sebabnya.
  3. Penumpang dalam bas mana rasa selesa dan kurang tekanan?  Mengapa?
  4. Cuba buat hubung kait antara ruang bas dengan keadaan penumpang dalam bas.
  5. Nyatakan keadaan penumpang dalam bas A dan dalam bas B. Buat perbandingan dari segi ruang dalam bas dan keadaan penumpang.
  6. Kemudian, sila lihat video 1 di bawah berkaitan penumpang dalam bas.  Bas yang mana penumpang rasa tertekan?  Mengapa penumpang rasa tekanan yang tinggi duduk dalam bas tersebut?

 

 

isipadu1

Rajah 2(b)

  1. Sekarang, perhatikan pula Rajah 2b. Cuba kaitkan dengan analogi bas dalam Rajah 2a.
  1. Nyatakan keadaan isi padu dalam bekas A dan isi padu dalam bekas B. Buat perbandingan dari segi keadaan isi padu ruang bekas dengan pergerakan zarah-zarah udara.
  1. Apabila isi padu bekas B dikurangkan, apakah yang berlaku kepada tekanan udara dalam bekas B?  Berikan sebabnya dengan membuat kaitan kepada pergerakan zarah-zarah udara.
  1. Seterusnya, lengkapkan Lembaran kerja 6.