All posts by esmart

Akt. 2: Video Analogi

Analogi Bola Sepak – Teori Kinetik Gas 


Arahan

  1. Sila tonton Video 1 yang ditayangkan.
  2. Cuba perhatikan pergerakan bola dengan pergerakan zarah-zarah udara.
  3. Apakah persamaan di antara kedua-dua pergerakan tersebut?
  4. Bagaimana cara bola bergerak?
  5. Bagaimana pula cara zarah-zarah bergerak?
  6. Apakah perbezaan di antara pergerakan bola dengan pergerakan zarah-zarah udara?
  7. Berikan contoh analogi anda berkaitan pergerakan zarah-zarah udara.
  8. Lengkapkan Lembaran Kerja 3.

Video 1 : Analogi bola dengan zarah udara

Analogi lantunan bola Pergerakan zarah-zarah udara
Bola bergerak secara rawak dan bebas bila dibaling ke dinding Zarah udara bergerak secara rawak dan bebas
Tekanan wujud bila bola melantun dan berlanggar dengan dinding Tekanan wujud bila zarah udara  berlanggar dengan dinding bekas

Perbezaan 

Bola hanya bergerak apabila dilontar atau dibaling

Perbezaan

Zarah-zarah udara sentiasa bergerak dan berlanggar antara sama lain dan dengan dinding bekas

 

Akt.1:Eksperimen

Eksperimen Air Dalam Gelas


  • Tujuan : Menunjukkan bahawa udara mengenakan tekanan
  • Bahan : Gelas, air dan kadbod
  • Prosedur :
  1. Isikan air di dalam gelas sehingga ¾ penuh
  2. Tutupkan mulut gelas dengan sekeping kadbod
  3. Sambil menekan kadbod pada mulut gelas, telangkupkan gelas ke atas kertas kadbod
  4. Lepaskan tangan dan perhatikan pada kadbod tersebut

glass              Rajah 1

 Arahan

  1. Setelah menjalankan eksperimen di atas, sila jawab soalan berikut:
  2. Apa yang berlaku semasa gelas diterbalikkan seperti dalam Rajah 1?
  3. Mengapa anda berkata demikian?
  4. Cuba ramalkan apa yang berlaku sekiranya kadbod digantikan dengan piring kaca.
  5. Sila berikan alasan anda atas ramalan yang dibuat.
  6. Lengkapkan lembaran kerja 4 yang diberikan.

 

Akt.2:Video Tin Kemek

Bagaimana tin menjadi kemek?

Arahan

  1. Tonton video 3  di bawah berkaitan udara mempunyai tekanan
  2. Sila jawab soalan dalam lembaran kerja berkaitan video 3 yang ditonton.
  3. Kemudian, tonton video jawapan dan semak jawapan anda.
  4. Berikan kesimpulan anda mengenai aktiviti ini.

2.  Bagaimana tin menjadi kemek?

Kemahiran Berfikir Kreatif
  1. Menjana idea
  2. Membuat inferens

Akt.4: Video Isipadu

Faktor Isipadu

a) Salah satu faktor yang mempengaruhi tekanan udara ialah isi padu

b) Jika udara dimampatkan iaitu dengan mengurangkan isi padu bekas, zarah udara akan melanggar dinding bekas dengan lebih kerap, maka ini menyebabkan tekanan bertambah.

c) Kesimpulannya, jika isi padu berkurang,  tekanan udara juga akan bertambah

d) Video 1 menunjukkan bagaimana isipadu mempengaruhi tekanan udara.

Video 1

Analogi Bergambar 

Arahan

  1. Gambar 1 menunjukkan perbandingan di antara analogi luas dalam bas dengan isi padu sesuatu bekas.
  2. Berikan kesimpulan anda berkaitan analogi luas dalam bas dengan faktor isi padu.
  3. Berikan analogi anda sendiri berdasarkan contoh analogi di bawah
  4. Lengkapkan lembaran kerja yang diberi.

Analogi2

BAS A                                                                             BAS B

Analogi penumpang dalam dalam bas:

  1.  Penumpang dalam bas A selesa kerana ruang bas luas
  2.  Manakala penumpang dalam bas B rasa tertekan kerana ruang bas kecil/sempit (isi padu kurang)

Kemahiran Berfikir Kreatif
  1. Menjana idea
  2. Menghubungkait
  3. Menganalogi
  4. Membuat gambaran mental
  5. Mereka cipta

Akt.3: Faktor Suhu

Suhu Mempengaruhi Tekanan Udara


Video 1

Arahan

  1. Tonton Video 1 di atas berkaitan faktor suhu yang mempengaruhi tekanan udara.
  2. Apa yang berlaku kepada bola yang kempis selepas suhu dinaikkan?
  3. Senaraikan sebab-sebab mengapa bola berubah bentuk.
  4. Bagaimana pergerakan zarah-zarah udara dalam bola semasa bola kempis?
  5. Bagaimana pergerakan zarah-zarah udara dalam bola semasa suhu dinaikkan?
  6. Lengkapkan Lembaran Kerja 7

 

Akt.1: Eksperimen Belon

EKSPERIMEN BELON


belon3

Belon A Belon B

Rajah 1

  • Tujuan : Menunjukkan faktor suhu mempengaruhi tekanan udara
  • Bahan :  Belon, air batu, air suam dan bekas berisi air
  • Prosedur :
  1. Tiup dua biji belon dengan saiz yang sama.
  2. Masukkan belon A ke dalam bekas air sejuk, manakala belon B diletakkan dalam bekas berisi air suam.
  3. Perhatikan perubahan yang berlaku kepada kedua-dua belon tersebut.

 Arahan

  1. Cuba anda picit kedua-dua belon dan nyatakan apa yang anda rasa.
  2. Apa yang berlaku kepada pergerakan zarah udara dalam belon A dan belon B?
  3. Apa yang menyebabkan zarah-zarah udara dalam belon B bergerak lebih laju?
  4. Mengapa zarah-zarah udara dalam belon B bergerak lebih laju?
  5. Apa kaitan suhu dengan pergerakan zarah udara dalam belon?
  6. Cuba anda gantikan belon dengan bahan lain dalam eksperimen ini.
  7. Apakah kesannya sama seperti belon? Terangkan jawapan anda.
  8. Cuba berikan kesimpulan anda terhadap eksperimen faktor suhu ke atas tekanan udara.
  9. Lengkapkan lembaran kerja 5 yang diberi.

Akt.2: Faktor Isipadu

Faktor Isi padu Terhadap Tekanan Udara


analogi bas

Rajah 2(a)

Arahan

  1. Perhatikan Rajah 2a di atas.  Bas A mempunyai dua tingkat manakala Bas B mempunyai satu tingkat.
  2. Jika diberi pilihan, anda mahu menaiki bas yang mana?  Berikan sebabnya.
  3. Penumpang dalam bas mana rasa selesa dan kurang tekanan?  Mengapa?
  4. Cuba buat hubung kait antara ruang bas dengan keadaan penumpang dalam bas.
  5. Nyatakan keadaan penumpang dalam bas A dan dalam bas B. Buat perbandingan dari segi ruang dalam bas dan keadaan penumpang.
  6. Kemudian, sila lihat video 1 di bawah berkaitan penumpang dalam bas.  Bas yang mana penumpang rasa tertekan?  Mengapa penumpang rasa tekanan yang tinggi duduk dalam bas tersebut?

 

 

isipadu1

Rajah 2(b)

  1. Sekarang, perhatikan pula Rajah 2b. Cuba kaitkan dengan analogi bas dalam Rajah 2a.
  1. Nyatakan keadaan isi padu dalam bekas A dan isi padu dalam bekas B. Buat perbandingan dari segi keadaan isi padu ruang bekas dengan pergerakan zarah-zarah udara.
  1. Apabila isi padu bekas B dikurangkan, apakah yang berlaku kepada tekanan udara dalam bekas B?  Berikan sebabnya dengan membuat kaitan kepada pergerakan zarah-zarah udara.
  1. Seterusnya, lengkapkan Lembaran kerja 6.

 

Akt.1: Pemerhatian

Perhatikan dan Fikir!


Situasi A Situasi B

CYCLE  HOT

Gambar foto 1

Arahan

  1. Sila perhatikan Gambar foto 1 di atas.
  2. Senaraikan persamaan yang ada di antara situasi A dan situasi B?
  3. Kemudian, nyatakan pula perbezaan yang ada di antara situasi A dan situasi B?
  4. Pada pendapat anda, dalam situasi mana mudah bagi anda untuk mengayuh basikal?
  5. Huraikan jawapan yang anda beri dalam soalan no.4 di atas.
  6. Setelah mengayuh beberapa kilometer, anda dapati ada perubahan pada tayar basikal anda seperti ditunjukkan dalam Gambar foto 2 di bawah.

tyre

 Gambar foto 2

  1. Senaraikan sebab-sebab tayar basikal anda jadi seperti dalam Gambar foto 2.
  2. Pada pendapat anda, dalam situasi mana (A atau B) menyebabkan tayar basikal anda jadi demikian?
  3. Huraikan jawapan anda dengan menggunakan Teori Kinetik Gas dari aspek:
  • a) Pergerakan zarah-zarah udara dalam tayar
  • b) Faktor yang mempengaruhi perubahan pada tayar
  • c) Perubahan tekanan udara dalam tayar

4. Cadangkan ciri-ciri tayar basikal yang membolehkan anda mengayuh dengan laju.

5.  Lengkapkan Lembaran kerja 8 yang diberi.

Akt.2: Perbincangan

Tin Kemek


tin        ⇒kemek

Gambar foto 1

Arahan

  1. Sila lihat Gambar foto 1 di atas.
  2. Senaraikan seberapa banyak cara yang anda boleh gunakan untuk menjadikan tin itu kemek seperti  ditunjukkan dalam Gambar foto1.
  3. Kemudian, tonton video 1 di bawah.

Video 1: Tin Kemek

  1. Setelah menonton video di atas, senaraikan sebab-sebab tin menjadi kemek.

2. Kemudian, setiap kumpulan perlu membuat pembentangan dengan membuat huraian berikut:

  • ​​a) Apa yang berlaku kepada zarah-zarah udara apabila dipanaskan?
  • b) Apa yang berlaku kepada isi padu dalam tin apabila dipanaskan?
  • c) Apa yang berlaku kepada tekanan udara di dalam tin apabila       dipanaskan?
  • d) Apabila tin direndamkan ke dalam air batu, apa yang berlaku      kepada tekanan udara di dalam tin?
  • e) Apa yang menyebabkan tin menjadi kemek?
  • f) Bolehkah anda terbalikan proses di atas, iaitu kembalikan tin         kemek ke bentuk asalnya? Jika boleh,    terangkan caranya.
  • 3. Cadangkan benda/bahan lain selain tin yang boleh dilakukan seperti eksperimen di atas.
  • 4. Berikan kesimpulan anda berdasarkan aktiviti di atas.  Lengkapkan Lembaran Kerja 9