Analogi Bola Sepak – Teori Kinetik Gas
Arahan
- Sila tonton Video 1 yang ditayangkan.
- Cuba perhatikan pergerakan bola dengan pergerakan zarah-zarah udara.
- Apakah persamaan di antara kedua-dua pergerakan tersebut?
- Bagaimana cara bola bergerak?
- Bagaimana pula cara zarah-zarah bergerak?
- Apakah perbezaan di antara pergerakan bola dengan pergerakan zarah-zarah udara?
- Berikan contoh analogi anda berkaitan pergerakan zarah-zarah udara.
- Lengkapkan Lembaran Kerja 3.
Video 1 : Analogi bola dengan zarah udara
Analogi lantunan bola | Pergerakan zarah-zarah udara |
Bola bergerak secara rawak dan bebas bila dibaling ke dinding | Zarah udara bergerak secara rawak dan bebas |
Tekanan wujud bila bola melantun dan berlanggar dengan dinding | Tekanan wujud bila zarah udara berlanggar dengan dinding bekas |
Perbezaan Bola hanya bergerak apabila dilontar atau dibaling |
Perbezaan Zarah-zarah udara sentiasa bergerak dan berlanggar antara sama lain dan dengan dinding bekas |