Akt.1: Selesaikan Masalah

Cuba selesaikan!


Arahan

  1. Perhatikan  Gambar 1 yang diberikan
  2. Buat perbincangan dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah dalam gambar tersebut dan lengkapkan lembaran kerja yang diberi.
  3. Setiap kumpulan perlu membuat pembentangan bagi menghuraikan jawapan anda.
  4. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat dari aktiviti tersebut?

Gambar 1

sink1

Kemahiran Berfikir Kreatif
  1. Menjana idea
  2. Membuat inferens
  3. Membuat hipotesis
  4. Mensintesis

 

Akt.1: Video Gas

Bagaimana Gas di bawah Tekanan Tinggi dihasilkan?


Video 1

Arahan

  1. Tonton video 1 di atas  iaitu berkaitan penghasilan gas di bawah tekanan tinggi.
  2. Sila jawab soalan yang diberikan berdasarkan video yang ditonton.
  3. Apakah kaedah utama digunakan untuk menghasilkan gas ini?
  4. Apa tujuan gas ditukarkan kepada bentuk cecair?
  5. Apakah nama dua hasil sampingan ekstrak gas asli yang digunakan sebagai bahan penyejuk?
  6. Berapa suhu yang digunakan untuk menyejukkan gas asli tersebut?
  7. Isi padu gas tersebut telah dimampatkan sebanyak berapa kali ganda?
  8. Apakah nama hasil akhir gas tersebut?
  9. Apakah kelebihan gas dalam bentuk cecair ini?
  10. Apakah pengangkutan utama bagi memindahkan gas berbentuk cecair ini?
  11. Dalam bentuk apakah gas cecair asli ini dipindahkan untuk kegunaan di rumah atau kilang?
  12. Senaraikan kegunaan hasil askhir gas asli cecair ini?

foto3

Gambar foto 1

  1. Seterusnya, kumpulkan maklumat berkaitan penghasilan gas di bawah tekanan tinggi seperti yang ditunjukkan dalam gambar foto 1 di atas.
  2. Bincangkan bagaimana tangki gas dan tin aerosol berfungsi.
  3. Persembahkan hasil perbincangan anda dalam bentuk kreativiti poster, animasi video atau perisian PowerPoint.

 

Akt.1: Projek Rekacipta

Rekacipta Kereta Belon


Projek Berkumpulan

Video 1

Arahan

  1. Tonton video 1 di atas berkaitan projek mereka cipta kereta belon.
  2. Setelah menonton video tersebut, setiap kumpulan (3 orang ahli)  dikehendaki mereka cipta kereta belon berdasarkan kreativiti masing-masing
  3. Perlumbaan kereta akan diadakan bagi mengadili pemenang berdasarkan kriteria berikut:
  • a) Kelajuan
  • b) Kreativiti
  • c) Bahan terpakai
  • d) Pembentangan
  • 4. Setiap kumpulan juga perlu memberikan penerangan tentang hasil reka cipta mereka dan mengaitkan dengan prinsip tekanan udara.

Akt.2: Refleksi

Refleksi Diri


attn4

  1. Terangkan apa yang anda faham tentang Teori Kinetik Gas.
  2. Berikan pendapat anda mengenai penggunaan analogi dalam topik tekanan udara ini.  Sila nyatakan analogi mana yang menarik dan berikan sebabnya.
  3. Apa yang anda perolehi semasa menjalankan aktiviti secara berkumpulan?
  4. Senaraikan aktiviti-aktiviti dalam modul ini yang dapat merangsang anda berfikir secara kreatif.  Berikan sebab-sebabnya.
  5. Terangkan apa yang telah anda pelajari sepanjang pembelajaran ini.  Buat rumusan tentang kandungan pelajaran yang telah dipelajari.

 

Akt.1: Imbas Kembali

Cuba Imbas Kembali!


belonbaru belon5 pump

Gambar foto 1

Arahan

  1. Perhatikan Gambar foto 1 yang diberikan.
  2. Senaraikan persamaan yang ada dalam ketiga-tiga aktiviti tersebut.
  3. Senaraikan perbezaan yang ada dalam ketiga-tiga aktiviti tersebut.
  4. Berikan kesimpulan anda berdasarkan aktiviti yang ditunjukkan.
  5. Senaraikan  peralatan lain yang menggunakan prinsip tekanan udara

 

Akt.1: Ingat Kembali

1.  Kenal pasti keadaan jirim


Arahan

Perhatikan Gambar foto 1 di bawah. Kemudian tonton pula video 1.

Gambar foto 1

Contoh: Batu, ketulan ais

Contoh: Air mineral, jus limau

Kump. B

Contoh: Asap kilang, stim air

 ​Video 1 : Animasi Keadaan Jirim

  1. Kenal pasti perbezaan yang wujud dalam ketiga-tiga kumpulan dari aspek:
    1. ​​Namakan keadaan jirim bagi setiap kumpulan
    2. Lukiskan susunan zarah-zarah dalam setiap kumpulan
    3. Nyatakan keadaan pergerakan zarah-zarah dalam setiap kumpulan
  2. Kemudian, lengkapkan maklumat dalam Lembaran  Kerja 1.
  3. Sila berikan contoh lain bagi setiap kumpulan A, B dan C

2.   Apakah Tekanan Udara?


Arahan

  1. Perhatikan Gambar foto 2 yang ditunjukkan.
  2. Sila lakukan seperti yang ditunjukkan dalam gambar foto 2 tersebut.
  3. Apakah yang berlaku apabila belon ditiup?
  4. Mengapa berlaku perubahan pada belon?
  5. Apa yang berlaku sekiranya belon ditiup berterusan?
  6. Apa yang menyebabkan belon tersebut jadi demikian?
  7. Selain daripada belon, berikan contoh bahan lain yang boleh dilakukan seperti aktiviti ini.
  8. Cadangkan bagaimana untuk jadikan belon itu boleh terbang.
  9. Lengkapkan Lembaran Kerja 2.

Gambar foto 2blow

belon

Akt.2: Aktiviti Pembaris

Eksperimen Mematahkan Pembaris Kayu


 

ruler    paper       ►   ​patah

Arahan

  1. Sila lihat Gambar foto 1 di atas.
  2. Senaraikan seberapa banyak cara untuk menjadikan pembaris tersebut patah.
  3. Pada pendapat anda, adakah pembaris boleh dipatahkan menggunakan surat khabar?
  4.  Sila nyatakan bagaimana caranya.
  5. Sekarang, sila tonton video 1 di bawah  dan jawab soalan seterusnya:
  1. Apa fungsi surat khabar?
  2. Sila nyatakan kawasan tekanan udara rendah dan kawasan tekanan udara tinggi.
  3. Pada pendapat anda, bolehkan surat khabar digantikan dengan bahan lain?
  4. Apakah hasilnya sama seperti menggunakan surat khabar?
  5. Berikan sebab kepada jawapan anda.

Akt.2: Video Keselamatan

Keselamatan Gas di Bawah Tekanan Tinggi


Video 2

Arahan

  1. Tonton video 2 di atas berkaitan gas di bawah tekanan tinggi.
  2. Berdasarkan video 2, senaraikan sebab-sebab tangki gas boleh meletup?
  3. Terangkan bagaimana tangki gas tersebut boleh meletup berdasarkan kepada prinsip tekanan udara.
  4. Mengapa  kebanyakan tangki gas diperbuat daripada besi?
  5. Cuba fikirkan  kebaikan dan keburukan tangki gas sekiranya ia diperbuat daripada plastik?
  6. Senaraikan langkah-langkah keselamatan yang perlu anda ambil semasa mengendalikan gas di bawah tekanan tinggi seperti tong gas memasak.
  7. Berikan kesimpulan anda berkaitan video 2. Lengkapkan Lembaran Kerja 14.