Selamat datang ke modul e-SMART.
Menjana dan meneroka minda anda!
Pengenalan
Modul sains e-SMART ini secara khususnya direka bentuk berasaskan pendekatan kontsruktif Model 5E di mana elemen analogi diterapkan dalam beberapa fasa 5E. Modul yang dibangunkan ini bertujuan untuk membantu guru mempelbagaikan strategi pengajaran melalui integrasi Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) bagi menerapkan kemahiran berfikir kreatif murid bagi topik Tekanan Udara, subjek sains Tingkatan 2. Aktiviti yang disusun dalam modul ini adalah berasaskan kepelbagaian pendekatan dan kaedah bagi menggalakkan kemahiran berfikir kreatif murid. Kaedah penyampaian setiap aktiviti seperti penyoalan, perbincangan, eksperimen dan projek, reka cipta, digunakan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berpusatkan murid agar setiap hasil pembelajaran dapat dicapai.
Antara Objektif Modul:
- Sebagai satu medium alternatif pengajaran guru bagi membantu guru menerapkan kemahiran berfikir kreatif murid bagi topik Tekanan Udara, subjek sains Tingkatan 2.
- Menyediakan satu strategi pengajaran guru yang mengintegrasikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah menengah
- Membantu guru menggunakan kaedah/strategi analogi bagi merangsang kemahiran berfikir kreatif murid dan membantu murid memahami konsep sains yang berbentuk abstrak
- Mengaplikasikan Model 5E dalam reka bentuk pengajaran bagi memudahkan guru menjalankan aktiviti modul dengan lebih sistematik
VIDEO INFO e-SMART